selamat datang gif

Kenali Kami

Selamat datang dan di ucapkan jutaan terima kasih kerana melawat Portal Komuniti Pusat Internet Gunong, Bachok, Kelantan Darul Naim. Semoga dengan kewujudan portal ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet serta maklumat umum berkaitan kawasan setempat. Terima kasih.

Pusat Internet Gunong ini merupakan sebuah institusi perkhidmatan sosial yang ditubuhkan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama dengan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.  

Pi Gunong ini di wujudkan semasa program CBL Enhancement atau Fasa 5. Majlis Perasmian Hari Bersama Pusat Internet Gunong telah disempurnakan pada  11 MEI 2015 yang lalu oleh Tuan Pengerusi sendiri iaitu Encik Radzuan bin Hamat yang mewakili Tuan Penasihat Pi Gunong, Dato Haji Ilias bin Haji Hussain.

 

CARTA ORGANISASI PI1M GUNONG

 

Pengenalan Pusat Internet 

Pusat Internet ini sebenarnya terletak di bawah Bajet 2013 dan ianya merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.  Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.

 

Objektif Pusat Internet 

- Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. 
- Kemudahan akses internet secara kolektif.
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar.
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial.
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 
Fungsi Pusat Internet 
 
  • Pusat Informasi & Repositori

Bertindak sebagai pusat pengumpulan maklumat, kisah-kisah kejayaan dan kepakaran komuniti setempat serta penyebaran pengetahuan/kandungan.

  • Pusat Kreativiti & Inovasi

Hab bagi keusahawanan, kreativiti dan inovasi untuk pembangunan sosio-ekonomi dan kandungan tempatan.

  • Pusat Kolaborasi

Perantara di antara pemimpin PI, penyedia penyelesaian dan pembuat keputusan. Ia menjadi platform untuk sokongan dan pembangunan ekosistem yang lebih kukuh.

  • Keusahawanan dan E-Dagang

Hab bagi aktiviti pemasaran dan perniagaan dalam talian dan kemudahan pelbagai aplikasi e-kerajaan, e-perdagangan, peluang pekerjaan, urus niaga  perbankan dalam talian dan lain-lain.

  • Pusat Pembelajaran

Pusat aktiviti pembelajaran dan pembangunan kapasiti sepanjang hayat kepada masyarakat bagi mendapatkan pengetahuan formal dan tidak formal.

Pelaksanaan Dan Kemudahan Pusat Internet 

Pusat Internet dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013.  Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan di uruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.  Setiap penggunaan komputer Pusat Internet adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet yang selamat kepada pengguna. 

Untuk makluman, di daerah Bachok sahaja terdapat 8 buah Pusat Internet  yang telah beroperasi iaitu:-

1- Pusat Internet  Gunong (Fasa 5)
2- Pusat Internet Mahligai (Fasa 5)
3- Pusat Internet Kandis (Fasa 5)
4- Pusat Internet Kemasin (Fasa 5)
5- Pusat Internet Jelawat (Fasa 2)
6- Pusat Internet Melawi (Fasa 2)
7- Pusat Internet Beris Kubur Besar (Fasa 2) 
8- Pusat Internet Wakaf Aik (Fasa 2)
  
 
 

Lokasi PI Gunong

 

pi1m 2015

 pi1m 2017

Fan Pages Facebook Pi Gunong

 

 

Peta Lat Long Pi Gunong 

latlong pi1m gunong

Peta Lokasi Pi Gunong

Peta Lokasi Satelit Pi Gunong

Whatsapp Group

 wasap group pi1m gunong